Veteran UMNO tuntut PM tegakkan keadilan terhadap Najib

Iklan
Mustapha

SHAH ALAM - Veteran UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegakkan keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menjadi mangsa utama oleh pendendam yang menerajui kerajaan selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN).

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Najib tidak wajar menjadi mangsa dendam melalui pendakwaan terpilih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Iklan
Iklan

"Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO lain turut menjadi sasaran. Najib terpaksa meringkuk dalam penjara.

"Manakala Ahmad Zahid dan Rosmah dilepaskan oleh mahkamah. Najib telah dianiaya atas nama undang-undang. Mahathir telah merancangnya dengan teliti dan menggunakan semua instrumen yang ada bagi memastikan Najib bersalah.

Iklan

"Jadi, Veteran menuntut Perdana Menteri supaya dengan berani menegakkan keadilan terhadap Najib setelah dia sendiri pernah dianiaya Mahathir suatu masa dulu. Ini masanya membuktikan kebenaran bahawa terdapat pendakwaan tergesa-gesa dalam kes berprofil tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Anwar sekali lagi menafikan pembabitannya dalam kes mahkamah melibatkan Rosmah.

Iklan

Beliau sebaliknya menyatakan bahawa beberapa pendakwaan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu terburu-buru sehingga banyak ‘kecacatan’.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, kenyataan yang dibuat Anwar adalah tindakan wajar dan patut diberi penghargaan.

"Selama ini pun rakyat beranggapan begitu dan atas dasar ini maka rakyat mahu mereka yang terlibat dengan pendakwaan terpilih itu diberi keadilan untuk membela diri mereka," ujarnya.