‘Terima kasih abah, itu umpama peluang kedua untuk hidup’

Iklan
Muhamad Firdaus (kiri) bersama isteri sebelum melakukan pembedahan.

SHAH ALAM -"Terima kasih abah, kerana sanggup bagi buah pinggang dekat saya, itu umpama beri saya peluang kedua untuk hidup.”

Demikian kongsi seorang lelaki, Muhamad Firdaus Rosly, 23, yang pernah menghidapi masalah buah pinggang peringkat terakhir setahun yang lalu.

Iklan
Iklan

"Ia bermula ketika saya disahkan oleh doktor kena buat pembedahan dan jika tidak akan merisikokan nyawa, tetapi mereka cakap giliran menunggu saya mungkin menjangkau 20 tahun.

Muhamad Firdaus (kiri) bersama ayahnya, Rosly Delniah (kanan) beberapa minit sebelum dimasukkan ke dewan pembedahan.

"Ketika itu jugalah, abah sudah terdetik untuk dermakan buah pinggangnya kepada saya. Pada mula saya berat hati nak terima sebab dia sudah tua, ada pulak sakit tirioid dan saya risau apa-apa akan berlaku dekat dia.

Iklan

"Abah kesian tengok keadaan saya sebab kena lalui satu proses Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) atau dialisis cuci air, sangat sakit,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, proses pemindahan buah pinggang bersama ayah, Rosly Delniah, 56, itu mengambil masa setahun kerana perlu mengikuti segala prosedur yang ditetapkan pihak hospital.

Iklan

Mengenang semula kali pertama reaksi mendengar permintaan ayahnya, Muhamad Firdaus yang juga berasal dari Kelantan itu berkata, dia menangis kesedihan kerana tidak menyangkakan perkara tersebut akan berlaku.

Muhamad Firdaus (kanan) bersama ayahnya, Rosly Delniah (kiri).

"Saya sedih, pilu dan bersyukur juga sebab abah sanggup bagi. Sampai sekarang saya rasa tak terbalas jasa abah.

"Saya masih ingat, waktu itu saya minta maaf sebab banyak buat salah. Abah pula cakap, tak apa ini semua buat masa depan, saya masih muda dan dia sanggup buat apa sahaja untuk saya.

"Pembedahan pada November baru-baru ini mengambil masa empat jam untuk abah dan lima jam untuk saya. Alhamdulillah, kini disebabkan abah, saya boleh jadi macam dahulu balik, terima kasih abah insya-ALLAH saya akan cuba bahagiakan kedua ibu bapa serta niat saya nak bawa mereka menunaikan umrah, dipermudahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhamad Firdaus turut menasihati bagi yang mengalami masalah sakit buah pinggang agar tidak takut melakukan dialisis kerana perkara itu membantu pesakit untuk terus kekal sihat.

Muhamad Firdaus (kiri) bersama ayahnya, Rosly Delniah (kanan).