[VIDEO] Cinta sejati pesakit koronavirus

Iklan
Seorang lelaki setia menjaga isterinya apabila mereka disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) meruntun jiwa netizen. - Foto Xin Hua

WUHAN - Keluhuran kasih sayang antara dua insan mungkin sering kita dengar dan tiada yang luar biasa untuk diperkatakan namun kisah warga emas di Wuhan berjaya menggamit hati netizen kerana kedua-duanya telah dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Satu rakaman video memaparkan seorang warga emas berusia 87 tahun yang begitu setia menjaga isterinya, 83, di hospital telah tular di media sosial. Tambah meruntun sesiapa yang menyaksikan video itu kerana wanita tersebut juga menghidap Alzheimer sejak tujuh tahun lalu.

Iklan
Iklan

Lelaki itu dilihat cuba menyuap makanan kepada isterinya yang terlantar di atas katil hospital kerana wanita itu enggan menjamah makanan pada awalnya, lapor Xin Hua.

Adegan mereka bermula apabila wanita tersebut enggan menjamah makanan hingga kakitangan di hospital akhirnya terpaksa meminta bantuan suaminya selepas buntu untuk memujuk warga emas itu.

Iklan

Layanan mesra si suami ketika menyuap makanan kepada isterinya telah mencuri perhatian kakitangan hospital yang menyifatkan cinta mereka adalah cinta sejati.

Aksi mereka dirakam dalam video berdurasi 44 saat yang kemudian tular di laman sosial hingga menyentuh perasaan netizen yang menonton kemesraan pasangan itu.

Iklan

Terdapat netizen yang menganggap warga emas tersebut begitu menyayangi isterinya apatah lagi ketika menyaksikan lelaki itu membersihkan mulut dan membetulkan pakaian isterinya.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan juga menyifatkan pasangan warga emas itu telah membuktikan cinta mereka tetap bertahan hingga lanjut usia.