Selangor mara separuh akhir Piala Cabaran

Iklan
Faisal Halim mengetuai Selangor berdepan Kelantan Darul Naim di Petaling Jaya. Foto: Selangor FC

SELANGOR FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Cabaran selepas menang agregat 8-1 ke atas Kelantan Darul Naim.

Perlawanan suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, The Red Giants menjinakkan The Golden Deers, 3-0.

Iklan
Iklan

Gol Selangor dihasilkan Sharul Nazeem Zulpakar (m-10), Ronnie Fernandez (m-46) dan Ahmad Danial Ahmad Asri (m-61) membolehkan skuad Katsuhito Kinoshi menempah slot berdepan pemenang satu lagi perlawanan suku akhir, antara Penang FC berdepan PT Athletic.

Sementara itu, Kedah Darul Aman juga mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan cabaran kelab Liga A1 Semi-Pro, Kuala Lumpur Rovers, dengan agregat 6-0.

Iklan

Perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan gol Kedah Darul Aman dijelmakan Hasbullah Abu Bakar (m-44), Aiman Afif Afizul (m-75) dan Amirul Hisyam Awang Kechik (m-93).

Kemenangan itu membolehkan Kedah Darul Aman berdepan PDRM dalam perlawanan separuh akhir selepas The Cops menang agregat 4-3 ke atas kelab Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC.

Iklan