Kes GISBH: Kawalan ketat polis di Mahkamah Selayang

Iklan
Kawalan ketat dilakukan PDRM apabila barisan tertinggi kepimpinan GISBH tiba di Mahkamah Sesyen Selayang pada Isnin untuk tuduhan. Foto Sinar Harian/HISYAMUDDIN AYUB.

SELAYANG - Kawalan ketat diberikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap barisan tertinggi kepimpinan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Isnin.

Kenderaan polis yang membawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya, Datin Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa'ari dan 19 yang lain tiba jam 8.20 pagi.

Lebih 20 anggota pasukan khas PDRM mengawal dan mengiringi kumpulan GISBH tersebut yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang.Foto Sinar Harian/HISYAMUDDIN AYUB.

Iklan
Iklan

Lebih 20 anggota pasukan khas PDRM mengawal dan mengiringi kumpulan GISBH tersebut yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang.

Hari ini merupakan sebutan kali pertama kes itu selepas kesemuanya didakwa pada pada 22 Oktober lalu yang mana sebelum ini pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Iklan

Iklan