Kematian pertama Covid-19 di Eropah

Iklan
Angka kematian Covid-19 kini mencecah sekurang-kurangnya 1,665 orang manakala lebih 68,000 dijangkiti. - FOTO: AFP

PARIS – Seorang pelancong China yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan meninggal dunia di Perancis semalam sekali gus menjadi kematian pertama di Eropah dan keempat di luar Beijing.

Pihak berkuasa memaklumkan pesakit warga China terbabit yang dirawat sejak 25 Januari lalu meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru di Hospital Bichat di utara Paris.

Iklan
Iklan

"Sistem kesihatan perlu siap siaga untuk menghadapi penularan wabak ini di seluruh negara,” kata Menteri Kesihatan, Agnes Buzyn selepas kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 11 kes di Perancis.

Sebelum ini, kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan di Filipina, Jepun dan Hong Kong. - AFP

Iklan
Iklan