Berpantang maut sebelum ajal

Iklan
Dalam kejadian sekitar jam 1.20 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi difahamkan telah terlanggar tiang elektrik sebelum terbakar. Foto JBPM

KOTA BHARU - Berpantang maut sebelum ajal, itu perumpamaan tepat kepada seorang pemandu apabila terselamat daripada rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Bukit Marak di sini awal pagi Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 1.20 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi difahamkan telah terlanggar tiang elektrik sebelum terbakar.

Pemandu terselamat daripada rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Bukit Marak, Kota Bharu awal pagi Isnin. Foto JBPM

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Pegawai Bomba Kanan II Azman Mohamad Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 pagi.

"Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera telah ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi, kami dapati sebuah kereta telah terbakar selepas melanggar tiang elektrik," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Kereta tersebut sudah terbakar 100 peratus. Foto JBPM

Iklan

Menurut beliau, pada masa sama kereta tersebut sudah terbakar 100 peratus.

Ujarnya, pemandu terbabit telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai.

Operasi tamat pada jam 2.02 pagi. Foto JBPM

Iklan

Azman memberitahu, lelaki tersebut difahamkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka.

"Operasi tamat pada jam 2.02 pagi," katanya.