Undang Guz Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan

Iklan
Poster Festival Darul Ehsan Berselawat mengundang pendakwah Indonesia, Gus Azmi (kiri, belakang)

SHAH ALAM - Jemputan pendakwah dari Indonesia, Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat di sini menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Ia susulan pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.

Iklan
Iklan

Justeru, tindakan penganjur mengundang Gus Azmi dalam majlis agama dibimbangi memberi contoh tidak baik kepada masyarakat tambahan pula telah difatwakan rokok adalah haram di Malaysia.

Peringatan sekretriat penganjur berhubung larangan merokok di Festival Darul Ehsan Berselawat bermula Jumaat ini. Gambar kanan: Rakaman Gus Azmi merokok di atas pentas sewaktu program berselawat di Indonesia.

Susulan isu tular itu, Sekretariat Festival Darul Ehsan Berselawat telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi memberikan maklum balas.

Iklan

Menerusi kenyataan itu, sekretariat menjelaskan Gus Azmi diundang sebagai penampilan khas di festival itu yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.

"Beliau akan terlibat dalam sesi berselawat sahaja dan tidak menyampaikan tausiyah seperti mana yang telah disalah anggap oleh sesetengah pihak," katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Sementara isu merokok pula, sekretariat penganjur menjelaskan, pihaknya komited untuk mematuhi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) seperti yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan dengan larangan merokok di tempat awam.

"Kami juga akan memastikan agar semua pihak yang terlibat untuk mematuhi akta ini demi kesejahteraan dan keselamatan semua pengunjung yang hadir.

" Kami percaya bahawa sokongan dan kerjasama anda adalah nadi penting kepada kejayaan acara ini," katanya.

Pada masa sama pihaknya turut menjemput orang ramai hadir memeriahkan acara berlangsung di Setia City Park, Oval Lawn.

Acara bermula jam 4 petang hingga 12 malam akan turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta mengundang Habib Najmuddin Al-Khered, Habib Ali Zainal Abidin Assegaf untuk sesi tausiyah.