Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa tersepit akibat kemalangan di Gohtong, di Hulu Selangor, pada Isnin.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.05 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian.

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu Toyota Corolla Altis, Toh Yok Chai, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Iklan

"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Pemandu Cam Placer-X, Ahmad Munir Yunus, 33, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah dihantar ke Hospital Selayang oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Iklan