Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024

Iklan
Antara operasi yang dijalankan JAS Pulau Pinang bertujuan memastikan pematuhan berkaitan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Foto JAS

KEPALA BATAS - Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.

Pengarah berkenaan, Norazizi Adinan berkata, operasi dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi bertujuan memastikan pematuhan berkaitan perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasil operasi itu, pihaknya telah mengeluarkan 224 Arahan Lapangan, 69 Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 AKAS 1974 dan 63 kertas siasatan syor kompaun.

"Tiga Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dan lapan kertas siasatan syor pendakwaan juga telah dibuka sepanjang operasi dijalankan.

Iklan

"Selain itu, pemeriksaan rutin turut dijalankan ke atas 1,307 premis industri dan punca pencemar yang berpotensi mempunyai risiko menyebabkan pencemaran alam sekitar, premis yang sentiasa mendapat kekerapan aduan dan premis yang belum pernah diperiksa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norazizi memaklumkan industri terlibat dalam pemeriksaan itu termasuk yang berasaskan plastik, industri kimia, pengilangan logam asas, industri berasaskan getah, industri kertas, makanan, tekstil, percetakan, pembuatan produk logam serta elektrik dan elektronik.

Iklan

Tambah beliau, sepanjang tahun ini juga, JAS telah mengeluarkan 314 notis arahan ke atas industri dan punca pencemar yang didapati melakukan kesalahan di bawah AKAS dan 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya selain membuka 267 kertas siasatan (kompaun), 14 POK dan kertas siasatan untuk tindakan mahkamah. - Bernama