20,000 pengunjung dijangka hadir KHUP

Iklan
Mohd Hisham (dua dari kiri) dan Wan Muhamad Adam pada majlis Pra Pelancaran KHUP di Menara Kuala Lumpur pada Isnin. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 syarikat yang dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH) bakal mempromosikan pakej haji pada Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan (KHUP).

Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Januari depan di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang itu merupakan penganjuran kali ketiga oleh TH serta Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia).

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun berkata, KHUP itu memberi pilihan kepada bakal haji untuk menunaikan haji sama ada bersama muassasah atau menerusi pakej ditawarkan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

"Karnival ini sebagai salah satu usaha mempromosikan pakej haji disediakan oleh 37 syarikat dilesenkan TH atau dikenali sebagai PJH berbanding 25 syarikat pada musim haji lalu.

Iklan

rasa sendiri selari dengan tema Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji,” katanya pada sidang akhbar di KHUP di Menara Kuala Lumpur pada Isnin.

Mohd Hisham Harun (tengah) bergambar bersama wakil PJH pada majlis Pra Pelancaran KHUP pada Isnin. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Iklan

Turut hadir, Presiden Bumitra Malaysia, Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin.

Mohd Hisham berkata, dianggarkan 20,000 pengunjung bakal menghadiri karnival tersebut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin menunaikan fardu haji supaya memilih syarikat yang berdaftar di bawah TH bagi mengelakkan kes penipuan.

"Karnival ini memberikan penekanan untuk mendidik masyarakat serta memberi penerangan lebih lanjut kepada orang ramai mengenai tawaran yang disediakan oleh PJH.

"TH tidak menetapkan jumlah PJH yang dilesenkan pada setiap tahun. Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh dirujuk di laman web rasmi TH di http://www.tabunghaji.gov.my," katanya.

Sementara itu, Wan Muhamad Adam berkata, KHUP mencerminkan visi bersama untuk mempromosikan kepercayaan dan ketelusan dalam industri haji dan umrah.

Katanya, kerjasama TH dan RHB Islamic Bank, membolehkan bakal-bakal haji 2025 untuk membuat keputusan yang tepat untuk perjalanan ibadah mereka.