Muslim rayakan hari kebesaran orang bukan Islam, ketahui dulu garis panduannya

Iklan
SEBAGAI orang Islam, kita perlu sedar bahawa ada batas dan syarat-syarat tertentu yang perlu dijaga bagi memelihara keimanan serta sensitiviti dalam setiap tindak-tanduk dilakukan, apalagi jika membabitkan perayaan agama lain.

SEBAGAI masyarakat yang hidup berbilang bangsa dan agama, secara tidak langsung hampir semua perayaan akan ‘disambut’.

Apatah lagi jika kita mempunyai sanak saudara mahupun tetangga yang bukan beragama Islam.

Iklan
Iklan

Namun begitu, sebagai orang Islam, kita perlu sedar bahawa ada batas dan syarat-syarat tertentu yang perlu dijaga bagi memelihara keimanan serta sensitiviti dalam setiap tindak-tanduk dilakukan. Apalagi jika membabitkan perayaan agama lain.

Menerusi perkongsian infografik dikongsikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia baru-baru ini, terdapat garis panduan tertentu yang perlu diambil perhatian.

Iklan

INFOGRAFIK yang dikongsikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di akaun Facebook agensi itu baru-baru ini.

Ia sebagaimana dinyatakan secara jelas dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005.

Iklan

Berikut garis panduan orang Islam turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam:

1. Majlis itu tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Sebagai contoh, menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya atau meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi atau tanda-tanda lain pada tubuh.

PASTIKAN majlis yang disertai tidak mengandungi upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam seperti menyertakan simbol-simbol agama antaranya salib, memasang lampu atau lilin. -Foto: CANVA

2. Majlis tersebut tidak membabitkan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Ini termasuklah perbuatan memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama, selain menghidangkan minuman atau makanan memabukkan dan seumpamanya.

3. Acara tidak melibatkan ‘perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam’ di negara ini.

Umpamanya, percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan, berpakaian menjolok mata serta mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai seni kata berunsur lucah atau pemujaan.

USAH menyertai majlis yang mana ia membabitkan perbuatan yang bertentangan dengan syarak antaranya memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama. -Foto: CANVA

4. Majlis itu tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh ‘menyentuh sensitiviti masyarakat Islam’.

Antara perbuatan itu termasuklah ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam, ucapan yang menghina umat atau agama Islam dan persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Muslim.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

JANGAN libatkan diri dalam majlis yang mengandungi dendangan lagu-lagu yang mempunyai seni kata berunsur lucah atau pemujaan. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA