Polis New York tahan lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut

Iklan
Suspek tetap berada di tempat kejadian dan duduk di bangku di luar tren sambil menyaksikan mangsa terbakar.

NEW YORK - Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut, lapor Xinhua.

Lelaki itu berjalan ke arah mangsa dan membakarnya sekitar 7.30 pagi (1230 GMT) ketika kereta api F tiba di perhentian terakhir stesen Coney Island-Stillwell Avenue, menurut Pesuruhjaya Polis New York City, Jessica Tisch dalam sidang akhbar.

Iklan
Iklan

Mangsa disahkan meninggal dunia setelah api dipadamkan.

Tisch berkata, suspek tetap berada di tempat kejadian dan duduk di bangku di luar tren sambil menyaksikan mangsa terbakar.

Iklan

Suspek ditangkap berdasarkan maklumat daripada penumpang lain tren pada hari yang sama.

Identiti suspek dan mangsa masih dirahsiakan. Ketua Transit Jabatan Polis New York City, Joseph Gulotta bagaimanapun mendedahkan suspek adalah seorang pendatang dari Guatemala yang tiba di Amerika Syarikat pada 2018.

Iklan

Penyiasat percaya suspek dan mangsa tidak saling mengenali dan motif suspek masih dalam siasatan.

Jenayah mengejutkan itu mendapat perhatian meluas, menonjolkan isu jenayah yang berterusan dalam sistem kereta api bawah tanah New York City. - Bernama-Xinhua