TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada

Iklan
Mohd Hisham mengadakan sidang media sempena Karnival Haji Umrah dan Pelancong Kali Ketiga; Pengelola Jemaah Haji di Menara Kuala Lumpur, pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.

Ketua Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji, Mohd Hisham Harun berkata, ini kerana tiada ketentuan kuota untuk mendapatkan visa tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, visa berkenaan hanya dikeluarkan kerajaan Arab Saudi kepada individu atau organisasi tertentu pada saat akhir iaitu pada penghujung Syawal atau Zulkaedah.

"Cuma yang disahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada Malaysia adalah 31,600.

Iklan

"Itu satu yang pasti tapi visa mujamalah dan furada tiada kepastian berapa jumlah yang akan diberikan dan siapa yang akan dapat.

"Disebabkan itu, PJH tidak dibenarkan membuat promosi berkaitan visa ini kerana tidak ada ketentuan untuk mendapatkan visa tersebut," katanya pada sidang akhbar pra pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan (KHUP) di Menara Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, perkara itu ditekankan kepada PJH menerusi syarat-syarat ditetapkan bagi permohonan lesen operasi.

"Apabila diberikan lesen, ada syarat yang perlu dipatuhi antaranya supaya visa di luar kuota Arab Saudi tidak diuarkan secara sesuka hati. Itu adalah menjadi tanggungjawab PJH.

"Jika ada maklumat, orang ramai boleh buat aduan dan TH akan ambil tindakan berdasarkan Akta TH iaitu pelaku berdepan tindakan denda atau dipenjarakan," katanya.

Justeru katanya bagi mengelak mangsa penipuan, bakal jemaah haji yang ingin menunaikan haji melalui visa mujamalah digalak melalui PJH yang dilesen TH.

"Ini saluran terbaik supaya kebajikan jemaah dapat dipantau semasa di tanah suci nanti.

"Pada masa sama, PJH jangan buat promosi visa mujamalah kerana visa ini selalu disalah guna menyebabkan jemaah terkandas di lapangan terbang atau luar Malaysia dan ini akan menyusahkan orang ramai.

"Kita harap apabila bakal jemaah guna PJH mereka tidak akan tertipu," katanya.