KKM nasihat cegah penularan Covid-19, influenza pada musim perayaan

Iklan
Situasi Covid-19 dan influenza di Malaysia masih terkawal dengan tiada peningkatan kes yang memerlukan rawatan di ICU serta tiada kematian dilaporkan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Situasi Covid-19 dan influenza di Malaysia masih terkawal dengan tiada peningkatan kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta tiada kematian dilaporkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, pada minggu epidemiologi (ME Ke-51) iaitu 15 hingga 21 Disember, sebanyak 1,477 kes dilaporkan.

Iklan
Iklan

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 14.23 peratus berbanding 1,722 kes pada ME 50.

"Pengisian katil bukan kritikal menurun daripada 0.16 kepada 0.13 peratus dan pengisian katil ICU menurun daripada 0.14 kepada 0.10 peratus," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurut KKM, tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan sejak 25 April dengan jumlah kumulatif kekal sebanyak 58 kematian.

Selain itu, tiada kes varian baharu dikesan dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

Iklan

"Daripada sampel yang dikesan positif influenza, 32 peratus adalah terdiri daripada jenis influenza A, manakala 26 peratus adalah influenza B," katanya.

Menurutnya, terdapat penurunan berbanding minggu sebelumnya iaitu 152 daripada 827 (18.38 peratus) sampel ILI dan sembilan daripada 68 (13.24 peratus) sampel SARI dikesan positif influenza.

"Daripada sampel yang positif influenza, 37 peratus adalah terdiri daripada influenza A dan 27 peratus adalah influenza B.

"Walaupun jangkitan influenza tidak wajib untuk dilaporkan atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] namun KKM sentiasa memantau kes influenza di seluruh negara," jelas KKM.

Tambah kementerian itu, peningkatan kes Covid-19 dan influenza di Malaysia pada hujung tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya selaras dengan peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara-negara lain terutamanya yang bermusim sejuk seperti Jepun.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitan atau penularannya kepada orang lain semasa perjumpaan ketika musim perayaan," ujar KKM.