NEW DELHI - Bangladesh memohon agar bekas perdana menteri Sheikh Hasina diekstradisi dari India.
"Kami telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu beliau kembali ke sini untuk proses kehakiman," kata penasihat luar Kerajaan Sementara Touhid Hossain kepada wartawan di Kementerian Luar di Dhaka pada Isnin, menurut agensi berita rasmi Bangladesh Sangbad Sangstha.
Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas beberapa minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.
Bekas perdana menteri itu dan ramai pemimpin Parti Liga Awami berdepan kes mahkamah berkaitan dakwaan kehilangan paksa dan pembunuhan semasa protes berkenaan.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Oktober mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasina. - Bernama