50 gajah liar terkena renjatan elektrik di Sri Lanka tahun ini

Iklan
Kira-kira 50 ekor gajah liar terkena renjatan elektrik oleh pagar atau wayar elektrik tahun ini. Gambar hiasan

COLOMBO - Kira-kira 50 ekor gajah liar terkena renjatan elektrik oleh pagar atau wayar elektrik tahun ini, menurut Lembaga Elektrik Ceylon (CEB) pada Isnin, lapor Xinhua.

CEB berkata, gajah liar, simbol biodiversiti negara semakin terancam kepupusan akibat aktiviti manusia.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, CEB mengambil pelbagai langkah sewajarnya mengenai perbuatan haram berkenaan dan ia mengharapkan sokongan orang ramai untuk melindungi gajah liar.

Data menunjukkan 90 gajah liar terkena renjatan elektrik di Sri Lanka pada 2023. - Bernama/Xinhua

Iklan
Iklan