'Tersekat' atas pokok durian lebih setengah jam angkara dron

Iklan
Seorang lelaki gagal turun selepas mengambil dron yang tersangkut atas pokok durian di Kampung Batandok Lubak, Beaufort.

BEAUFORT - [DIKEMAS KINI] Seorang pemuda 'tersekat' di atas pokok durian setinggi tujuh meter selama lebih setengah jam sebelum diselamatkan pasukan bomba dalam kejadian di Kampung Batandok Lubak, di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan memanjat pokok kerana mahu mengambil dronnya yang tersangkut pada pokok tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.54 petang.

Mangsa 'tersekat' selama lebih setengah jam di atas pokok durian dalam kejadian di Kampung Batandok Lubak, Beaufort.

Iklan

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Beaufort.

"Sebaik tiba, memang benar terdapat seorang lelaki berada di atas pokok durian dan gagal turun semasa mengambil dron yang tersangkut.

Iklan

"Difahamkan, cermin mata mangsa terjatuh dan menyebabkan pandangannya kabur dan pening.

"Mangsa tersekat di atas pokok sekitar 30 hingga 45 minit dan isterinya yang berada di bawah bertindak menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang tersekat di atas pokok durian di Kampung Batandok Lubak, Beaufort.

Katanya lagi, mangsa berjaya dibawa turun dengan menggunakan tangga dan tali.

"Seterusnya mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan dan dilaporkan stabil.

"Operasi ditamatkan pada jam 6.49 petang selepas memastikan semuanya selamat," katanya.