Koleksi Kupu-kupu

Iklan

Koleksi pelbagai spesis kupu-kupu dan rama-rama yang telah diawet yang terdapat di Borneensis Gallery Universiti Malaysia Sabah hari ini.

Kupu-kupu dan rama-rama masing-masing secara umumnya dapat dibezakan dari segi struktur dan warna spesis itu, kata Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Nazirah Mustaffa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata kupu-kupu mempunyai sesungut yang berbentuk seakan-akan palu (tukul) dihujungnya sementara rama-rama mempunyai banyak variasi pada sesungut antaranya seperti jarum atau berbentuk seperti insang.

"Semasa dalam keadaan berehat, kupu-kupu biasanya akan melipat sayapnya menegak ke atas sementara rama-rama akan membiarkan sayapnya dalam keadaan mendatar dan rama-rama terbesar adalah dari genus Attacus (yang boleh ditemui di hutan hujan tropika termasuk di Borneo yang mempunyai bukaan sayap sehingga 24 sentimeter),” katanya kepada Bernama. Foto Bernama

Iklan
Iklan