Penyakit misteri Dinga Dinga, wanita jadi menari tak terkawal

Iklan
Virus misteri dikatakan hanya menyerang golongan wanita dan pesakit diberikan rawatan antibiotik buat masa ini. Foto Agensi

KAMPALA - Penyakit misteri digelar Dinga Dinga yang 'menyerang' golongan wanita telah menggemparkan sebuah daerah di Uganda.

Simptom penyakit yang menyebabkan pesakit 'terenjut-enjut seperti menari' itu adalah goncangan badan secara tidak terkawal, demam dan tubuh menjadi lemah.

Iklan
Iklan

Di bawah kes agak serius, pesakit boleh menjadi lumpuh dan tidak bergerak.

Punca wabak di daerah Bundibugyo itu bagaimanapun tidak diketahui hingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang mengaitkan jangkitan virus itu dengan faktor alam sekitar.

Iklan

Difahamkan, pihak berkuasa kesihatan telah menghantar sampel untuk analisis lanjut oleh Kementerian Kesihatan Uganda.

Penyakit itu turut dibandingkan dengan Wabak Menari di Strasbourg, Perancis pada 1518 berdasarkan gejala yang serupa.

Iklan

Meskipun punca Dinga Dinga tidak diketahui, rawatan antibiotik telah diberikan kepada pesakit dan kebanyakannya sudah pulih dalam tempoh seminggu.

Dr Kiyita Christopher turut menggesa komuniti setempat supaya mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan daerah dan bukannya menggunakan ubat herba untuk melawan virus itu kerana tiada bukti saintifik bagi mengesahkan keberkesanannya.

Selain itu, kempen kesihatan awam turut dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Dinga Dinga.

Wabak itu dikatakan hanya direkodkan di Bundibugyo dan belum merebak di daerah lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Piyush Mishra di New Delhi menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perjalanan ke negara Afrika Timur tersebut dan menyarankan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan jika masih mahu berkunjung ke Kampala. - Agensi