Impak kemalangan libatkan kenderaan berat menakutkan

Iklan
PLUS melaporkan, 34 peratus daripada kemalangan maut di lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu direkodkan berpunca daripada nahas jalan raya membabitkan kenderaan berat dan komersial, tahun lalu. Gambar hiasan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaporkan, 34 peratus daripada kemalangan maut di lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu direkodkan berpunca daripada nahas jalan raya membabitkan kenderaan berat dan komersial, tahun lalu.

Malah, sejumlah 21 peratus kemalangan di Lebuhraya PLUS dikenal pasti membabitkan jenis kenderaan sama biarpun komposisi kenderaan berat dan komersial di lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu hanyalah 10 peratus.

Iklan
Iklan

Impak kemalangan membabitkan kenderaan berat adalah amat besar kepada pengguna lebuh raya kerana menyebabkan kesesakan teruk selain pelencongan trafik susulan penutupan laluan.

Lebih menakutkan, nahas membabitkan kenderaan berat ini juga sering kali menyebabkan kehilangan nyawa dan begitu tragis sekali.

Iklan

Apabila membaca berita berkaitan nahas maut membabitkan kenderaan berat ini seperti sudah boleh diteka jalan cerita punca kemalangan tersebut berlaku.

Antaranya ialah kenderaan melebihi muatan, sikap pemandu yang tidak mematuhi had laju, mengantuk ketika memandu, jalan licin, titik buta (blind spot), kenderaan tidak diselenggarakan secara berkala dan sebagainya.

Iklan

Malah, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut mengakui kenderaan berat dengan muatan berlebihan merupakan satu masalah besar dan antara penyumbang kemalangan jalan raya.

Justeru, sudah tiba masa kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan jalan raya di negara ini susulan jumlah nahas khususnya yang membabitkan kenderaan berat.

Langkah-langkah untuk meningkatkan lagi kualiti pengguna jalan raya melalui pendidikan dan latihan yang lebih berkesan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan jalan raya amatlah perlu dalam usaha melahirkan masyarakat juga pengguna jalan raya yang lebih selamat.

Rakyat Malaysia turut berharap agar pemilik dan pemandu kenderaan berat memainkan peranan dan mematuhi had muatan dibenarkan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya.

Pada masa yang sama, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disarankan untuk terus mempertingkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang terhadap kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.