Piala FA: Permulaan baik untuk Sarawak

Iklan
Pemain Sarawak meraikan kejayaan selepas menewaskan Red Spade United FC. - Foto Facebook Sarawak United II

JURULATIH Sarawak, Sam Timbe menyifatkan kemenangan besar ke atas kelab Liga M4, Red Spade United FC 6-1 pada saingan Kelayakan Piala FA satu permulaan baik kepada pasukannya bagi menghadapi saingan liga 2020.

Menurutnya, ia gambaran awal kemampuan yang dimiliki Bujang Senang itu sekali gus berharap dapat mempamerkan aksi lebih agresif selepas diturunkan pangkat beraksi dalam saingan Liga M3 musim ini.

Iklan
Iklan

"Satu perlawanan yang menarik untuk kami kerana berjaya mara ke pusingan pertama.

"Keputusan 6-1 ini memang saya tidak jangka dan ia satu kemenangan manis untuk pasukan ini kerana kami ingin mara jauh dalam saingan Piala FA.

Iklan

"Saya akan pastikan barisan pemain kekal fokus untuk terus melakukan yang terbaik pada aksi pusingan pertama nanti kerana sudah pasti perlawanan akan lebih sukar berbanding hari ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang muda, Azrizan Ahmad yang berjaya membantu pasukan dengan ledakan empat gol daripadanya manakala dua lagi gol menerusi Amar Muaz Zamri dan Hafizie Erwinshah.

Iklan

Turut menjejaki langkah Sarawak adalah Melaka United FC yang menang 2-1 ke atas Ikram Muda FC manakala KT Rovers pula tidak berdepan masalah menundukkan skuad bimbingan Azman Adnan, Ultimate FC, 4-0.

Selain itu, Real Chukai dari Liga M4 lakar kejutan apabila menewaskan kelab Liga M3, Melawati FC untuk mara buat julung kalinya ke pusingan pertama dengan kemenangan 1-0.

Pasukan-pasukan lain yang turut berjaya melayakkan diri ke pusingan pertama adalah SA United FC, Langkawi City FC, Protap FC dan Markless ST.

Sementara itu, penyertaan PIB FC dibatalkan selepas gagal melengkapkan pendaftaran pemain dan pegawai di dalam Sistem FAM /MyPas yang diwajibkan kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sekali gus memberi kemenangan 3-0 kepada SSFC.