Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar

Iklan
Keadaan gerai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman terbakar pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Deretan gerai menjual pakaian terpakai berhampiran Plaza TAR, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 pagi.