Nahas 5 kenderaan: ‘Keluarga Khairul Ikhwan mudah didekati’

Iklan
Kemalangan yang meragut nyawa Khairul Ikhwan dan isterinya serta anaknya di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selaran (PLUS) arah utara di Melaka semalam.

BANGI - Nahas yang mengorbankan nyawa, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isteri, Fadzlenna Ramli, 32, serta anak mengundang rasa duka jiran mereka.

Seorang pekerja swasta, Muhammad Azmi, 27, berkata, pasangan berkenaan memiliki perwatakan yang begitu mudah untuk didekati.

Iklan
Iklan

"Allahyarham merupakan seorang yang begitu berdisiplin dah baik hati. Kami jiran-jiran di sini begitu menyenangi dengan sikap dan keperibadian pasangan berkenaan.

Muhammad

"Jika kami (jiran tetangga) memerlukan apa-apa bantuan, mereka (Khairul Ikhwan dan Fadzlenna) ini sangat mudah untuk menghulurkan bantuan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan rumah Khairul Ikhwan di Seksyen 4 pada Selasa.

Iklan

Pada masa sama, Muhammad turut menyifatkan pasangan berkenaan sebagai seorang yang sopan santun dan baik budi pekerti.

Menurutnya, dia senang untuk berbual dengan mereka kerana bahasa yang digunakan itu begitu menyenangkan hati jiran tetangga.

Iklan

"Berita kemalangan sehingga meragut nyawa Allahyarham, isteri, anak bongsu dan bapa mertuanya itu begitu mengejutkan kami.

"Saya mendoakan ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Khairul Ikhwan dan isterinya maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selaran (PLUS) arah utara di Melaka semalam.

Nahas berkenaan turut mengorbankan bapa mentuanya, Ramli Ab Wahab, 66, dan anak bongsunya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Sementara itu, dua anaknya, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.

Difahamkan jenazah Khairul Ikhwan, Fadzlenna serta Muhammad Umar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bangi.