Guru taska tukar pengakuan tidak bersalah cubit pipi, telinga bayi

Iklan
Tertuduh ditemani suaminya hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Selangor di sini pada Selasa.

KUALA SELANGOR - Seorang guru taska yang didakwa mencubit pipi dan telinga bayi lelaki berusia 11 bulan menukar pengakuan di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor di sini pada Selasa.

Tertuduh, Nur Suhadah Saharudin, 24, menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Iklan
Iklan

Nurul Mardhiah menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Elyza Amira Habeeb Rahman, manakala tertuduh diwakili peguam, Harnidawati Awangku Ibrahim.

Iklan

Pada 20 Disember lalu, Nur Suhadah membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang yang membuat keputusan menetapkan pada Selasa sebagai tarikh jatuh hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, Nur Suhadah didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah taska di Puncak Alam pada jam 6.15 petang, 13 Disember lalu.

Iklan

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50, 000 atau kedua-duanya.