Bakso pocong jadi tarikan

Iklan
Bakso pocong itu pernah menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

JAKARTA - Pelbagai cara dilakukan peniaga di Indonesia untuk melariskan menu makanan dijual mereka.

Trend terbaharu beberapa pemilik restoran di negara itu adalah dengan memberikan sentuhan 'mistik' semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan berbanding cara sebelum ini yang hanya menggunakan nama 'setan' untuk makanan pedas seperti sambal.

Iklan
Iklan

Antara makanan 'seram' yang unik adalah bakso di Warung Bakso Pocong yang menyerupai bentuk pocong di wilayah Klaten di Jawa Tengah ini pernah menjadi tular di media sosial malah gerai tersebut sering dikunjungi pelanggan.

Menurut pemiliknya, idea itu tercetus kerana dia merupakan penggemar cerita seram.

Iklan

Difahamkan, adunan bakso itu dimasukkan ke dalam plastik terlebih dahulu untuk membentuknya seperti pocong sebelum direbus dan disajikan bersama sup.

Selain itu, terdapat juga pencuci mulut seperti aiskrim yang turut menggunakan tema seram boleh dinikmati di Warung Enon di wilayah Rawamangun di Jakarta Timur.

Iklan

Menu paling popular di gerai itu adalah Es Krim Kuburan Mantan yang menggunakan campuran aiskrim vanila, strawberi, coklat bersama taburan biskut oreo dan susu coklat seperti tanah kubur. - Agensi