Tiada lagi pesta di Sungai Golok

Iklan
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda peringatan kepada orang ramai supaya jangan menyeberang sempadan melalui Sungai Golok berdekatan pangkalan haram MCA dan Syed Agil, Rantau Panjang pada November lalu. Foto Bernama

PELABUHAN KLANG - Kekerapan rondaan serta pemantauan antara tindakan penguatkuasaan yang dipertingkatkan di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, langkah ini dijalankan bagi mengelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan susulan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang lokasi terbabit.

Iklan
Iklan
Azmi

"Apa yang saya lihat berdasarkan tinjauan dijalankan di sepanjang Sungai Golok ini, aktiviti rentas sempadan semakin berkurangan susulan larangan yang dikuatkuasakan.

"Bagaimanapun, pemantauan menerusi rondaan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa, kita tidak mahu ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan cuba menukar taktik lain atau sebagainya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Komander Pasukan Polis Marin (PPM di Dewan Komuniti Markas Operasi PPM Wilayah 1 di sini pada Selasa.

Tambah beliau, pihaknya turut merangka beberapa strategi bagi memantapkan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan.

Iklan

"Ada beberapa langkah yang sedang dirancang dan akan diambil tindakan segera bagi memastikan sebarang usaha merentas secara haram dibanteras sepenuhnya.

"Ada beberapa cubaan rentas secara haram yang berjaya kita patahkan dan secara amnya ia dilihat semakin berkurangan dan suasana itu saya tidak seperti dahulu," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand dikuatkuasakan bermula pada 1 Disember lalu.

Sehubungan itu, mana-mana individu didapati merentas atau menggunakan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand itu akan ditahan.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi yang disabit kesalahan.