Musibah banjir erat ikatan persaudaraan - Ahmad Samsuri

Iklan
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak menghulurkan sumbangan membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Terengganu.

Menerusi hantaran di laman sosialnya pada Selasa, Ahmad Samsuri menyatakan hikmah di sebalik musibah melanda dapat mengeratkan ikatan persaudaraan antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Musibah banjir yang melanda telah menguji kita semua. Namun di sebalik ujian ini, terpancar sinar persaudaraan dan kemanusiaan yang luar biasa.

"Sebagai Ahli Parlimen Kemaman dan Menteri Besar Terengganu, saya ingin menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada setiap insan yang sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira negeri, bangsa atau latar belakang.

Iklan

"Terima kasih atas solidariti ini. Inilah kekuatan kita, bersama kita mampu bangkit, mengharung segala dugaan. Semoga ALLAH memberkati usaha semua pihak dan menggandakan kebaikan kalian," tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Samsuri turut berkongsi tangkap layar memaparkan gambar aktiviti sumbangan yang dilakukan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu.

Iklan

"Setiap tangan yang dihulur membawa harapan, setiap sen yang disumbangkan memberi sinar dan setiap usaha yang dilakukan menjadi bukti kasih sayang kita sebagai satu keluarga besar.

"Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, jiwa-jiwa mulia telah bersatu demi membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan. Ada yang mengerah tenaga, ada yang memberi sumbangan harta, dan ada yang menitipkan doa tulus dari jauh.

"Di pusat pemindahan sementara, di jalan-jalan yang digenangi air, kita dapat lihat wajah-wajah penuh keikhlasan pasukan penyelamat, sukarelawan, NGO, kakitangan kerajaan, jiran tetangga, dan sesiapa sahaja yang ringan tulang membantu," ujarnya.

Pada 19 November lalu, daerah Kemaman sebagai merekodkan sebagai daerah pertama dilanda banjir gelombang pertama di Terengganu susulan hujan lebat berterusan.

Jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri itu mencatatkan angka melebihi 40,000 orang ketika banjir kembali melanda menjelang hujung November lalu.