Jelajah Sinar Harian Untuk Rakyat: KPJ beri rawatan percuma

Iklan
Gambar kecil: Rosli

SHAH ALAM - Penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terbesar, KPJ Healthcare Berhad cawangan Perlis akan memberi rawatan secara percuma kepada 50 peserta sempena ‘Jelajah Sinar Harian Untuk Rakyat’ pada 4 Januari hadapan.

Pengurus Besar KPJ Perlis, Rosli Hamid berkata, rawatan itu termasuk pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan penyemakan indeks jisim badan (BMI).

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia akan dilaksanakan secara percuma bermula jam 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

"Walaupun kami buka kepada 50 peserta sahaja, tetapi pihak KPJ akan sediakan lebih daripada kuantiti itu.

Iklan

"Pada masa sama, kami akan menyediakan pameran kesihatan yang berlangsung sehingga program tamat,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sinar Harian bakal membuka tirai 2025 dengan program jelajah berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu dan memperkasakan kelompok masyarakat di seluruh negara melalui Jelajah Sinar Untuk Rakyat.

Iklan

Lokasi pertama jelajah berkenaan akan diadakan di Masjid Jamek Beseri dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis pada 4 dan 5 Januari 2025.

Selain itu, tambah Rosli, KPJ​ Perlis​ akan mempromosikan kepentingan kesihatan kepada komuniti.

Katanya, ia dilaksanakan sebagai amalan institusi perubatan terbabit sejak mula beroperasi untuk terus bekerjasama dengan setiap agensi, Jabatan Kesihatan Negeri dan Kerajaan Negeri.

"Kerjasama ini untuk terus mendidik masyarakat dan berhasrat menjadikan aspirasi Perlis Negeri Sihat itu sebagai satu realiti.

"Kami mengharapkan kesedaran masyarakat dan sikap cakna terhadap kesihatan diri bertambah baik dalam kalangan mereka.

"KPJ Perlis akan terus komited untuk menyertai program seperti ini di masa hadapan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Rosli meminta rakyat di kawasan berdekatan Beseri, Perlis untuk hadir ke program tersebut dan mengunjungi reruai pameran kesihatan untuk mendapatkan saringan kesihatan.

Ujarnya, masyarakat juga boleh mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kesihatan dan pakej-pakej yang ditawarkan di KPJ Perlis.