Nahas 5 kenderaan: PM ucap takziah kepada keluarga mangsa

Iklan
Anwar Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di Melaka malam tadi.

Menerusi hantaran di laman X pada Selasa, beliau meluahkan rasa dukacita atas tragedi itu dan berharap agar keluarga mangsa diberi kesabaran dan ketabahan di waktu sukar ini.

Iklan
Iklan

"Mendoakan agar mereka yang terkorban ini diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, insya-ALLAH,” kata beliau.

Tujuh termasuk lima sekeluarga maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM204 Lebuhraya PLUS arah utara, 8.45 malam tadi.

Iklan

Siasatan awal mendapati bas persiaran itu terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu dan empat penumpang MPV serta pemandu dan penumpang bas berkenaan. - Bernama

Iklan