MELIHAT imam mula rukuk, terdapat makmum masbuk terkocoh-kocoh masuk ke dalam saf dan terus memulakan solat dengan takbiratulihram sebelum mengikut kedudukan ‘pemimpin’ sembahyang itu.
Dek kerana terlalu tergesa-gesa, ada yang tidak sempat berdiri dengan betul, tetapi terus mengangkat takbir.
Ini kerana takbiratulihram merupakan rukun solat yang mana tidak sah sembahyang yang didirikan tanpanya.
"Disebabkan itu, jika seseorang mengangkat takbir (dalam keadaan) sebelum dirinya berdiri betul (contohnya) seperti sedang berjalan atau melangkah kerana baru masuk ke dalam saf atau sebelah kakinya sudah berhenti di dalam saf, tetapi sebelah lagi kakinya sedang terangkat untuk meletakkannya di dalam saf, maka takbirnya itu tidak sah sekalipun ia merupakan makmum masbuk,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya.
Ia sepertimana pandangan yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’:"Wajib takbiratulihram itu dalam keadaan qiam sekira-kira wajib qiam. Begitu jugalah dengan makmum masbuk yang mendapati imam di dalam sujud, maka wajiblah jatuh sekalian huruf takbiratulihram itu pada ketika qiam. Jika dia menyebut satu huruf sahaja daripada huruf-huruf takbir bukan semasa qiam, nescaya tidak sah solatnya.”
Pandangan itu juga selari dengan pendapat Syeikh Abu Hamid dalam kitab At-Tabsirah yang bermaksud:"Maka jikalau seseorang itu syak adakah takbirnya berlaku di dalam qiam atau satu huruf daripadanya disebut bukan pada waktu qiam, nescaya tidak sah solatnya.”
Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengingatkan, orang yang solat wajib menyertakan niat ketika takbiratulihram dan ketiadaan niat menjadikan solatnya tidak sah.
"Niat ketika takbir perlu disertakan pada permulaan lafaz takbir dan berkekalan sehingga akhir lafaz.