LEMBAH JORDAN UTARA - Kerajaan Jordan menghantar sebuah kemudahan bergerak berkapasiti tinggi yang mampu menghasilkan sehingga 3,500 roti sejam, ke Gaza pada Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Di bawah arahan Diraja, inisiatif itu dilancarkan untuk menyokong rakyat Gaza.
Iklan
Iklan
Kemudahan penyediaan roti bergerak itu, yang melintasi Jambatan Sheikh Hussein pada Selasa, akan mula beroperasi sebaik sahaja ketibaannya di Gaza. Ia bertujuan untuk mengurangkan penderitaan kemanusiaan yang disebabkan oleh konflik yang berterusan.
Inisiatif itu dijalankan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa World Central Kitchen, yang menyediakan makanan dan bantuan makanan kepada mereka yang terjejas oleh konflik dan bencana.
Inisiatif kemudahan penyediaan roti bergerak itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Jordan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan perubatan ke Gaza melalui semua cara yang ada, melalui darat dan udara. - Bernama-Petra
Artikel Berkaitan