Nahas 5 kenderaan: Lima sekeluarga selamat dikebumikan

Iklan
Jenazah lima sekeluarga tiba di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas petang tadi.

BANGI - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selaran (PLUS) arah utara di Melaka selamat dikebumikan kira-kira jam 7:20 petang tadi.

Kesemua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, di sini.

Iklan
Iklan

Mangsa terkorban dalam nahas itu ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV), Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isteri, Fadzlenna Ramli, 32, dan anak bongsunya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.

Kemalangan berkenaan turut mengorbankan bapa mertuanya, Ramli Ab Wahab, 66, dan isteri Fauziah Jaafar, 69.

Iklan

Allahyarham Muhammad Umar disemadikan dalam satu liang lahad bersama Fadzlenna.

Sebelum itu, empat van yang membawa kesemua jenazah tiba di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi pada jam 5.45 petang sebelum disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan.

Iklan
Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas kira-kira jam 7.20 petang tadi.

Suasana hiba dan pilu mengiringi majlis pengebumian yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan mangsa bagi memberi penghormatan terakhir.

Nahas berlaku kira-kira jam 8.30 malam pada Isnin menyebabkan tujuh mangsa maut termasuk pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang, Lamrah Asid Ali, 66.