Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih

Iklan
Polis cuba mengejar lelaki tersebut yang melarikan diri dengan sebuah kereta. Foto Agensi

KYOTO - Seorang wanita ditikam bekas kekasihnya dalam kejadian pada Isnin lalu.

Penyiasat mengesahkan mangsa yang berumur 53 tahun itu ditikam pada bahagian dada, namun masih berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Iklan
Iklan

"Insiden itu berlaku di kawasan parkir di sebuah kedai serbaneka di wilayah Kyoto, Jepun. Lelaki itu yang berusia dalam lingkungan 40-an kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta. Pihak berkuasa cuba mengejarnya di sebuah lebuh raya.

"Lelaki itu bagaimanapun bertindak keluar dari kereta dipandunya dan terjun pada ketinggian kira-kira 10 meter. Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia," lapor akhbar Asahi Shimbun.

Iklan

Pada bulan lalu, mangsa pernah membuat laporan kepada polis tentang masalah hubungannya bersama suspek.

Pihak berkuasa telah mengklasifikasikan insiden itu sebagai cubaan membunuh.

Iklan

Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun dan hanya sekali sekala digemparkan dengan insiden serangan tembakan serta tikaman. - Agensi