Beruang 'sesat' melepak di ruang tamu

Iklan
Kotatsu yang menjadi tempat melepak beruang tersebut. Foto Agensi

TOKYO - Seorang lelaki di kawasan luar bandar yang sedang dilitupi salji di wilayah Fukushima, Jepun terkejut selepas menemui seekor beruang sedang 'melepak' di ruang tamu rumahnya, menurut laporan media tempatan pada Selasa.

Haiwan tersebut dilaporkan sedang berbaring di bawah kotatsu iaitu sebuah meja kecil yang mempunyai elemen pemanas dan selimut di sekelilingnya.

Iklan
Iklan

Lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu kemudiannya berlari keluar ke rumah jirannya untuk menghubungi pihak berkuasa.

"Dia kembali semula kira-kira sejam kemudian dan melihat makanan bersepah akibat dikerjakan beruang itu. Tiada insiden kecederaan dilaporkan dalam insiden itu," lapor Kyodo News.

Iklan

Kejadian itu berlaku selepas kerajaan merancang untuk melonggarkan undang-undang yang membolehkan pemburu melakukan 'tembakan kecemasan' jika diancam haiwan liar pada tahun depan.

Sementara itu, pakar mendakwa populasi di kawasan luar bandar yang semakin berkurangan di negara tersebut menyebabkan beruang yang kelaparan mula berkeliaran ke bandar-bandar kecil hingga mengancam penduduk. - AFP

Iklan