Menu berasaskan ubi tarik pelancong ke Kelantan sepanjang musim tengkujuh

Iklan
Mohd Azizul Arif (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Kamarudin selepas merasmikan MYES -Midnight Sale AEON Mall Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Menu berasaskan ubi bakal dipopularkan di negeri Kelantan bagi mengaktifkan industri pelancongan sepanjang musim tengkujuh.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, keistimewaan negeri ini yang mempunyai pelbagai jenis ubi boleh menarik pelancong walaupun berdepan musim Monsun Timur Laut (MTL).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kesemua jenis ubi itu boleh dikomersialkan melalui menu kuih-muih tradisional Kelantan termasuk keledek, ubi kayu, ubi badak dan ubi itik.

"Antara menu popular musim tengkujuh di negeri ini ialah putu halba, tepung boko, ubi tonyoh dan kuih-muih daripada keledek," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Year End Sale (MYES) -Midnight Sale AEON Mall Kota Bharu pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Tourism Wilayah Timur, Mohd Azizul Arif Yahya.

Iklan

Kamarudin memberitahu, antara usaha yang dilakukan ialah menganjurkan Pesta Makanan Musim Tengkujuh yang dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Januari depan.

"Sepatutnya, penganjuran program itu pada Disember namun berlaku banjir luar jangka menyebabkan kita terpaksa menangguhkannya pada Januari,' katanya.

Beliau berkata, musim hujan juga memang menjadi tarikan pelancong di beberapa negara sehingga menyediakan pakej mandi hujan.

Jelas beliau, musim tengkujuh juga ada manfaat kepada pelancongan dan penduduk terutama di Pantai Timur.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin memberitahu, Gelanggang Seni Kelantan sudah dibaik pulih sepenuhnya dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti.

"Mungkin ramai yang tidak tidak tahu Gelanggang Seni kini menjadi lokasi untuk mempamerkan produk kesenian dan banyak lagi aktiviti seni sudah disenaraikan tahun depan," katanya.