Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal,” titah baginda.

Baginda turut bertitah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara.

Iklan

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. - Bernama

Iklan