5 tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir

Iklan
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung di wilayah Jammu dan Kashmir pada Selasa.

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung di wilayah Jammu dan Kashmir pada Selasa.

Trak tentera yang terlibat dalam kemalangan itu adalah sebahagian daripada konvoi enam kenderaan, lapor media tempatan, memetik kenyataan tentera.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku di kawasan Poonch berhampiran Garisan Kawalan (Line of Control) yang memisahkan wilayah Kashmir antara India dan Pakistan.

Mayat kelima-lima mangsa ditemukan di dasar gaung sedalam kira-kira 300 kaki. - Bernama

Iklan
Iklan