SHAH ALAM- Mengambil kira maklum balas orang ramai,mulai 22 Januari ini tempoh operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di tujuh lokasi akan dibuka sehingga jam 10 malam.
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa, pihak mereka telah menetapkan tujuh UTC itu yang terletak dalam pusat membeli belah untuk dilewatkan operasinya.
Iklan
Iklan
"Antara UTC itu adalah di Shah Alam, Keramat, Seremban, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan kuala terengganu waktu operasinya adalah pada hari bekerja dari jam 1 tengahari sehingga 10 malam, manakala pada hari minggu Sabtu-Ahad dari 8 pagi-5 petang," kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu tempoh operasi UTC di Kota Kinabalau, Keningau, WP Labuan, Tawau, Kuching, Miri, Sibu, Kangar, Sungai Petani, Ipoh, Pudu Sentral, Sentul, Bandaraya melaka, Pasir Gudang dan Kuantan akan beroperasi dari Isnin-Ahad pada jam 8 pagi-5 petang.
Jelas kementerian, pertukaran waktu operasi ini turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelajnaan kerajaan namun begitu UTC tetap beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali pada hari cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.
"Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan dalam masa yang sama perlbelanjaan kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga," katanya.
Sebelum ini, tindakan kerajaan PH yang mengumumkan akan memendekkan tempoh operasi UTC menerima maklum balas orang ramai yang ternyata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.