‘Setiap kali balik kampung, arwah akan minta maaf’ - Ibu

Iklan
Allahyarham Rosli meninggal dunia pada petang Selasa di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kerana komplikasi jantung. Gambar kecil: Besah

SHAH ALAM -"Setiap kali balik kampung, arwah pasti akan minta maaf," demikian luahan Besah Buang, 71, ibu kepada Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Rosli Hassan yang menghembuskan nafas terakhirnya pada petang Selasa.

Menurut Besah, seminggu sebelum Allahyarham Rosli jatuh sakit, anak kedua daripada 11 beradik itu sempat pulang ke kampung.

Iklan
Iklan

"Arwah balik waktu itu kejap sangat, dari jam 6 petang sampai 10 malam.

"Dia minta saya masak makanan kegemarannya, ikan bilis belado.

Iklan

”Saya pelik juga masa itu tapi arwah dah minta, saya buatkan saja,” katanya.

Besah turut menceritakan perwatakan Allahyarham daripada kecil memang seorang yang periang dan tidak mudah marah.

Iklan

"Dia tak pernah melawan sejak kecil. Apa yang saya cakap dan marah, dia iyakan saja,” ujarnya lagi.

Rosli, 49, disahkan meninggal dunia pada 6.05 petang Selasa di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kerana disyaki mengalami komplikasi jantung.

Berita pemergian itu dimaklumkan isterinya, Rosabariah Shamsudin kepada rakan-rakan media.

Figura yang sentiasa ceria dan disenangi ramai itu pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarang Berita Kosmo! dan wartawan edisi Melaka sekitar 2008.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak iaitu seorang perempuan dan empat lelaki.