Penutupan 170 cawangan Starbucks di seluruh AS akibat mogok

Iklan
Sekurang-kurangnya 170 cawangan Starbucks di Amerika Syarikat terpaksa ditutup akibat mogok pekerja, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik USA Today. (Gambar hiasan) Foto AFP

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 170 cawangan Starbucks di Amerika Syarikat terpaksa ditutup akibat mogok pekerja, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik USA Today.

Mogok bermula pada Jumaat lalu di Seattle, Los Angeles, dan Chicago.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, CNN melaporkan bahawa mogok telah merebak ke 10 negeri.

Sementara itu, Starbucks Workers United pada Selasa memaklumkan bahawa pihaknya menjangkakan lebih 5,000 pekerja akan menyertai mogok itu, yang berpotensi menyebabkan penutupan 300 cawangan di 45 negeri.

Iklan

Pekerja Starbucks menuntut kenaikan gaji, penambahan kakitangan dan jadual kerja yang lebih fleksibel, menurut kenyataan kesatuan itu.

CNN juga melaporkan bahawa mogok dijangka meluas ke seluruh negara sekiranya pihak pengurusan dan kesatuan gagal mencapai persetujuan. - Bernama

Iklan