Satu kehilangan besar buat Sinar Harian

Iklan
Anak-anak Allahyarham menyiram pusara bapa mereka di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Sungai Besi.

KUALA LUMPUR - Pemergian Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Rosli Hassan merupakan suatu kehilangan besar.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, terlalu banyak sumbangan yang diberikan Allahyarham sepanjang empat tahun menabur bakti di syarikat itu.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, Allahyarham seorang yang sangat tekun ketika bekerja.

"Ini merupakan sebuah kehilangan yang besar. Tapi tak sangka dia ‘pergi’ secepat ini,” katanya ringkas pada Rabu.

Iklan
Hussamuddin

Dalam pada itu, Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambry Rambli menyifatkan pemergian Rosli adalah satu berita yang mengejutkan rakan-rakan kerana sebelum ini Allahyarham dilaporkan dalam keadaan sihat.

Ujarnya, Rosli merupakan seorang yang amat berdedikasi dalam menjalankan tugas dan mencintai dunia kewartawanan.

Iklan

"Berita kematiannya, satu kejutan kepada rakan-rakan kerana sebelum ini keadaan kesihatan dia baik cuma pada awal Disember lalu dia mengadu pedih ulu hati.

"Selepas hampir dua minggu mendapatkan rawatan, beliau menghembuskan nafas terakhir pada petang Selasa di hadapan ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang melawat,” ujarnya.

Allahyarham Rosli

Rosli, 49, disahkan meninggal dunia pada 6.05 petang Selasa di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kerana disyaki mengalami komplikasi jantung.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Sungai Besi, di sini pagi Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak iaitu seorang perempuan dan empat lelaki.