Warga emas maut, kereta terbakar langgar pokok

Iklan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya melanggar pokok dan terbakar di Lorong Galing 11, Jalan Haji Ahmad pada pagi Rabu. Foto FB Polis Trafik Kuantan

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas melanggar pokok dan terbakar di Lorong Galing 11, Jalan Haji Ahmad, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Mohd Nor Amin Phua Abdullah, 60, disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kuantan menghala ke Jalan Haji Ahmad.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa secara tiba-tiba dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di bahu jalan, menyebabkan kenderaan terbabit terbakar keseluruhan.

Iklan

"Orang awam yang berada di tempat kejadian sempat mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum ia terbakar," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

Wan Mohd Zahari menambah, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian mangsa yang gagal mengawal kenderaan.

"Kita menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pemeriksaan Puspakom akan dilakukan ke atas kenderaan terlibat, manakala pihak polis juga sedang mengesan saksi kejadian tersebut," katanya.