Belalang Padi

Iklan
Sebahagian belalang padi yang berjaya ditangkap Muhammad Rozali Zulkifli, 37, ketika ditemui Bernama di Kampung Rambai Tok Chedol di sini.

Beliau yang berkerja sebagai pemotong rumput berkata menjual serangga kecil itu hampir 10 tahun lalu sebagai pendapatan sampingan untuk menyara keluarga.

Setelah ditangkap belalang itu akan direndam dan digoreng seketika sehingga warna hijau belalang bertukar kemerahan-merahan sebelum dijual.

Sebelum dimasak belalang ini masih perlu disiang dan dibersihkan sekali lagi. Foto: Bernama