KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Madani akan memberikan kerjasama penuh sekiranya usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 membuahkan hasil.
Anwar berkata, kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa yang sama, harus memastikan harus memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
"Selepas lebih sedekad pesawat itu hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum terungkai.
"Bukan sahaja keluarga dan waris, malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan kepada segala persoalan. Justeru itu, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
Jumaat lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jemaah Menteri pada 13 Disember lepas secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.
Beliau berkata, operasi pencarian di dasar laut akan tertumpu di satu lokasi baharu yang dianggarkan berkeluasan 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dan ia berdasarkan prinsip 'no find, no fee', iaitu kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran sekiranya bangkai pesawat tersebut tidak ditemukan.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014. - Bernama