Covid-19: Jumlah kematian melepasi angka 1,700

Iklan
Seorang pekerja kesihatan berdiri di tengah salji untuk membantu mengangkut pesakit baharu jangkitan Covid-19 di luar Hospital Wuhan. - Foto Reuters

BEIJING - Angka kematian akibat jangkitan koronavirus (Covid-19) global kini mencatatkan 1,773 setakat pagi ini selepas lebih 100 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei.

Sebanyak 1,984 kes baharu dicatatkan menjadikan 70,484 orang telah dijangkiti di seluruh China.

Iklan
Iklan

Menurut Suruhanjaya Wilayah Hubei, jumlah kes di wilayah itu mencapai 58,182 menjelang akhir Ahad dengan 1,696 kematian.

Jumlah kes pada Isnin adalah sekitar 100, lebih tinggi berbanding Ahad tetapi masih mendadak turun berbanding Jumaat dan Sabtu.

Iklan

Wilayah Wuhan menyumbang 71 peratus kes jangkitan dan 77 peratus kematian.

Di luar Hubei, jumlah kes baharu merosot dan jurucakap badan kesihatan kebangsaan China semalam berkata, angka yang semakin perlahan itu memberi petanda wabak itu sedang dikawal.

Iklan

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa mustahil untuk meramalkan ke mana arah wabak itu.

Pakar antarabangsa tiba di Beijing dan mula bertemu dengan rakan sejawat bagi membincangkan wabak itu, kata Tedros di Twitter. - CNA