Harga petrol RON97 naik lagi 3 sen

Iklan
Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter, manakala bagi RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula masih sama iaitu RM2.95 seliter, manakala harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dengan RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kos itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

”Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

Iklan

"Kerajaan juga akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya pada Rabu.

Iklan