42 terkorban, pesawat Azerbaijan Airlines terhempas

Iklan
Gambar daripada rakaman yang memaparkan detik akhir ketika pesawat itu terhempas dan terbakar hingga mencetuskan kepulan asap tebal. Foto Agensi

ASTANA - Sekurang-kurangnya 42 terkorban dalam nahas melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines di bandar barat Aktau, Kazakhstan pada Rabu.

Kementerian Kecemasan menerusi kenyataan di Telegram mengesahkan J2-8243 itu membawa 67 penumpang termasuk lima kru.

Iklan
Iklan

"Laporan awal mendapati kira-kira 25 mangsa penumpang terselamat dan 22 daripadanya kini dirawat di hospital," jelas kementerian itu lagi.

Data penumpang mendapati 37 daripada mangsa penumpang adalah warga Azerbaijan, enam rakyat Kazakhstan, tiga warga Kyrgyzstan dan 16 rakyat Rusia.

Iklan

Rakaman memaparkan pesawat Embraer 190 itu terbakar sejurus terhempas turut menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Baku ke Grozny di Rusia, namun terpaksa dilencongkan kerana kabus tebal.

Iklan

Ia kemudiannya cuba mendarat cemas di Lapangan Terbang Aktau.

Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan pihak berkuasa di Astana sedang melakukan siasatan lanjut tentang punca nahas berkenaan termasuk memeriksa jika ada berlaku masalah teknikal.

Pemerhati penerbangan Rusia juga memaklumkan maklumat awal mendapati juruterbang membuat keputusan untuk mendarat cemas selepas dilanggar burung. - Agensi