MOSCOW - Seramai 28 orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam nahas pesawat penumpang di Aktau, Kazakhstan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Iklan
Iklan
Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan, pesawat Azerbaijan Airlines yang berlepas dari Baku menuju Grozny disahkan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung, menurut Azerbaijan Airlines.
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan mengesahkan terdapat 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat malang itu dan difahamkan seramai 42 terkorban dalam nahas tersebut.