Pakar mata PM sewaktu dalam tahanan polis meninggal dunia

Iklan
Ahmad Shukri

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawatnya sewaktu dalam tahanan pada 1998 telah meninggal dunia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan berita berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Menerima perkhabaran duka pemergian kenalan keluarga, Ahmad Shukri. Almarhum merupakan pakar mata yang memberi rawatan kepada saya tatkala dibantai di dalam tahanan polis pada 1998.

"Allahyarham juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya mencederakan diri sendiri.

Iklan

"Jasa dan keikhlasan arwah akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Mendoakan keluarganya diberi kekuatan serta semoga ALLAH mengampunkan dosa Alhmarhum. Insya-ALLAH, al-Fatihah," katanya.

Anwar ditahan pada 20 September 1998 atas tuduhan rasuah kerana mengganggu siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual yang dibuat terhadapnya.

Iklan

Ketika beliau masih dalam tahanan polis pada 1998, Anwar dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor dan disabitkan bersalah pada 2000.

Lima tahun selepas itu beliau membuat permohonan maaf kepada Anwar.